sudah lama tidak mencoret apa2 di blog nih...kesibukan masa yang tidak mengizinkan.... hari ni terdetik nak menulis...bukan kerana apa.... tetapi..hati tersentuh ....
pengalaman pertama sepanjang menjadi ahli akademik.... ape dia?? semester ini kami menerima seorang pelajar OKU....satu cabaran baru buat cikmat dan lain-lain..... sekiranya di lihat pada pandangan fizikal....mungkin tidak menggambarkan dia adalah OKU.. seorang slow learner... lemah anggota tangan dan kaki sebelah kanan.....
apa yang cikmat ingin sampaikan.... kesungguhan dia untuk belajar..sehingga ke menara gading..... dia masuk bersama ratusan rakan2 lain dalam intake pertama semester tersebut..jelas menunjukkan dia mampu bersaing bersama-sama yang lain....
pertama kali di khabarkan ada pelajar OKU... hati terdetik...... macam mana nak handle dia? alhamdulillah.... apabila berjumpa...berbicara dengan dia..jelas..dia tahu risiko yang dia hadapi... dia tahu...kekurangan diri dia...
tadi, dia datang berjumpa kerana cikmat memerlukan beberapa dokumen yang penting drpd dia..... dia memerlukan masa tambahan untuk menjawab peperiksaan... ujian dan lain2..... sangat mengharapkan agar pensyarah2 lain faham keadaan dia...
tapi... sayu jugak rasa hati.bila dia cakap..... ' saya ni tak berapa pandai english puan...semua dalam english..sy lambat sikit nak paham.tapi saya cuba puan'...... rasa nak menitik airmata.....semoga Allah mudahkan perjalanan pembelajaran kamu... semoga rakan-rakan kamu ikhlas berkawan dengan kamu....ikhlas membantu kamu...semoga Allah membalas dengan beribu kebaikan pada sahabat2 kamu,....
mungkin ibu ayah sangat berbangga dengan pencapaian kamu..... di kala orang lain sedih pilu tak dpt masuk ipta..kamu insan terpilih....
semoga kamu terus tabah dalam menghadapi hidup ini.....
*** emosi di petang hari***
No comments:
Post a Comment