korang perasan tak kisah nih? kecoh di facebook dan sosial networking lain.....
oowhh..sangat tersentuh hati cikmat.... geram pun yer....pda yang tak tahu, korang baca nih..
Kronologi Cikgu Sekolah Bunuh 20 Ekor Kucing Jiran di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor
Seorang cikgu sekolah yang tinggal di
Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor telah meracun sehingga mati 20
ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap
desa miliknya
- Sebelum ini, cikgu sekolah tersebut telah menegur beberapa kali kepada jiran berdekatan (pemilik kucing-lucing tersebut)
- Perbuatan cikgu sekolah telah
menyebabkan penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor tidak
berpuas hati & menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan
pelakunya ialah seorang pendidik
- Kucing-kucing itu dikatakan diberi
makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan
berhampiran inap desa tersebut
- Satu keluarga telah kematian 12 ekor
kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang
kematian kucing, yang kesemuanya berjumlah 20 ekor ditemui dengan mulut
berdarah.
- Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa @ cikgu sekolah tersebut yang dikatakan tidak takut dengan tindakan undang-undang
apa pandangan korang? cikmat tak sanggup nk letak gambar2 meow..huhuhuh...
ni pendapat cikmat selaku pemilik kucing yer....sebab cikmat baca macam2 komen di fb dan lain2..semua ada pandangan .tidak kurg yg menyalahkan cikgu...tuan pny kucing...
bagi cikmat, kucing2 ini adalah haiwan yang tidak diberikan akal untuk berfikir..mereka melakukan lumrah kehidupan seekor kucing...berjalan sana sini..berak sana sini ..kencing sana sini... mereka juga bukan indoor cats... cikmat rasa kebyakan hidup as stray cats.... kenapa cikmat cakap mcm nih? sebab cikmat sendiri bagi makan pada stray cats...kucing belakang rumah....
kadang2 bekas makanan terlangkup...belum lagi dia terbalikkan segala benda di belakang rumah..apa yang cikmat buat last2...cikmat tak letak byk brg... cikmat nampak je kucing2 tu berak kencing di pokok yang ada dekat rumah tuh... kalau betol taknak dorang masuk rumah..pasang la jaring...walau apa pun alasan, bukan dengan cara meracun kucing2 ini.itu terlalu kejam....bygkan kalau kita manusia mati diracun..begitu juga kucing2 ini..seksa nya mereka...
sebagai pemilik kucing2, penting kita memastikan mereka selamat dan tidak merosakkan harta benda orang lain..... sebab tu cikmat cukup takut kalau kiki seno or yang lain2 keluar merayap....risau masuk berak kencing rumah orang.... cikmat tak kata pemilik salah....cikgu salah.... tetapi, bertindaklah dengan waras....bukan diracun kucing2 itu...tak dpt dibygkan mereka mati terseksa..kesakitan.... alangkan kita kena pisau kat jari pun dah meraung raung..ni kan pulak kena racun....ya Allah...sebak rasa nya....
semoga kita semua akan bertindak lebih waras sekiranya kita menghadapi situasi ini..... ingt yer..binatang2 ni takde akal...rumah cikmat pernah berbau hancing...hamis dek kerana penangan kencing si lala....mulut bising2...tapi tangan duk bersihkan....
bagi cikmat, bila cikmat ambil mereka...itu adalah amanah kepada cikmat...amanah Allah.... susah mcm mana, kena harung.... kita dah buat pilihan kan,,,,