okay..bukan niat nk berceramah...memandai-mandai ke ape yer......
di ofis cikmat....pihak CITU ( pusat kefahaman islam) buat sesi soal jawab melalui email....ade yg akan bertanya..dan jawapan akan diberi kepada semua warga thru email staff .... alhamdulillah...sgt byk yg kami semua belajar.....
cikmat tertarik dgn soalan dan jawapan berkenaan isu di bawah....hope korg semua sudi baca.... sgt berguna....
Berikut disertakan sedikit perkongsian ilmu
:
Soalan
Satu
Suami suka saya bersolek
untuknya di rumah. Jadi boleh dikatakan sepanjang masa muka saya tebal dengan
bahan solekan. Kadangkala saya rasa renyah terutamanya ketika hendak berwudhu’.
Saya difahamkan solekan muka menghalang
air daripada terkena kulit.
Jawapan
1. Berhias untuk suami
sangat digalakkan dalam Islam. Para ulama’ kebanyakan daripada mazhab Hanafi,
Maliki, Syafi’I dan Hambali. Mereka semua mengharuskan perbuatan tersebut selagi
bertujuan untuk memikat hati dan kehendak suami.
Walau bagaimanapun, puan
juga perlu peka berhubung soal pembersihan muka daripada kesan alat solek
tersebut. Ini kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan wuduk puan tidak sah akibat
bahan kimia yg menghalang air wuduk daripada membasahi muka. Menjadi kewajipan
ke atas puan untuk memiliki bahan-bahan pencuci yg mampu menghilangkan segala
jenis kesan alat solekan di muka. Melalui cara ini , dua tanggungjawab puan akan
terlaksana iaitu tanggungjawab kepada Pencipta ( Allah SWT ) dan tanggungjawab
kepada suami.
2. Puan juga perlu
memastikan bahan dalam alat solek yg dipakai itu halal kerana kedapatan juga di pasaran alat-alat solek
yang tidak halal. Pilihlah yg ada logo HALAL JAKIM.
Semoga hidup puan
diredhai Allah dan bahagia dalam rumah tangga.
Soalan Dua
Saya ingin kepastian .
Ada orang kata bahawa mewarnakan rambut dibenarkan dalam Islam? Jika ia
dibenarkan bagaimana pula dgn wuduknya?
Jawapan
Ada dua kaedah mewarnakan
rambut:
1. Dengan menggunakan
bahan semula jadi seperti inai. –
diharuskan. Bahkan ia termasuk sunnah Nabi SAW. Namun bagi isteri yg ingin
berbuat demikian disyaratkan memohon izin daripada suami terlebih dahulu,
barulah layak berbuat demikian.
Isteri wajib menutup
aurat kepalanya dan anggota lain
(kecuali muka dan tapak tangan) ketika berada di luar rumah atau semasa berada
bersama bukan mahramnya ketika dalam rumah.
Sah wuduk jika rambut
diinaikan. Ini kerana inai akan meresap di dalam rambut dan ia tidak menghalang
air wuduk daripada terkena rambut.
2. Pewarna Rambut buatan . Terdapat beberapa
pandangan ulama’.
a. sekiranya bahan
pewarna tersebut daripada bahan yg halal dan tidak menghalang air drpd terkena
atau membasahi rambut, maka hukumnya harus.
b. Jika dipastikan bahawa
pewarna tersebut menghalang air daripada terkena rambut maka hukumnya haram
memakainya. Ini kerana ia menyebabkan wuduk tidak sah dan mandi wajib pun tidak
sah. Jadi solatpun tidak sah.
Setakat ini
JAKIM tidak memberi sebarang pengesahan halal kepada produk-produk pewarna
rambut buatan selain inai, kerana dikhuatiri trend mewarnakan rambut dgn pelbgai
warna akan berleluasa dlm masyarakat.
Umat Islam wajib
mengelakkan diri drpd terjebak dgn perkara-perkara syubhah (yg meragukan).
Justeru dinasihatkan supaya tidak membeli sebarang produk kecantikan yg tidak
mempunyai logo halal JAKIM. Bagi yg berhasrat utk menginaikan rambut, inai
adalah pilihan terbaik.
Wallahu
a’lam. ( Dipetik daripada Majalah al-ustaz isu No
05.)
semoga kita semua mendapat sedikit sebyk drpd soal jawab nih....cikmat akan cuba tuk tepoek di blog setiap kali ade soal jawab ye kengkawan...
ps: salah satu cara nk update blog kan??? hehehehehe.....ampuuunnnn
1 comment:
yer..yer..info yg bagus hehe
Oooo....ni ropenya blog dia
Post a Comment