bila membaca segala ape yang tercatat di sini..... sebak pulak rasanya..... bila anda menjadi seorg isteri..tiada ape yg di harapkan melainkan perhatian...kasih sayang tak berbelah bagi drpd seorg suami..... syurga di tapak kaki suami.....
para suami, ambil lah masa beberapa minit membaca ...semoga dpat di jadikan panduan........
buat encik suami tersayang....... semoga anda membaca =)
1.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah
isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang
suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan
buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan
isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara
menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada
mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat
saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah
menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh
cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam
maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV
atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus
masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan
sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga
sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan
sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah,
beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia
memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang
saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam
cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta
dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri
walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu.
Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan
rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.
Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia
rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah
buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah
dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak
buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia
perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua
tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu
dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para
isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan
diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.
Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh
tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan
isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit
nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran
sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah
bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu
keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati
nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri
dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk
syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka
belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu
suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang
ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk
mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh
kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau
berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk.
Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,
janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng
sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah
bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah
dengan Tuhan”
Sumber : Facebook
No comments:
Post a Comment